CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 19, 2009

3 Golongan Manusia

Rujukan --->>> apa ertinya anda sebagai muslim
Jika anda melihat kepada gelagat manusia di segi i'tikad dan amalan, anda akan dapati mereka kebanyakannya terbahagi kepada tiga golongan.

Pertama: Orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan beramal. Setiap perkara dalam hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka. Cara bekerja bagi mereka ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka tidak mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana agama dan tidak mengikutinya.


Kedua: Terdiri dari orang-orang yang zahirnya berpegang pada suatu agama yang tertentu, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri. Mereka tidak pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-pegangan atau peraturan hidup. Kadang-kadang mereka mengambil setengah pegangan mengikut kehendak hawa nafsu, kecenderungan dan keperluan diri dan hidup mereka. Mereka bekerja dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut rekaan mereka. Maka mereka pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi agama yang menjadi penganut hawa nafsu mereka.


Ketiga: Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka, malah memberhentikannya langsung. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia dengan mengikut mereka secara membabi-buta; sama ada manusia-manusia itu datuk nenek mereka atau orang-orang yang semasa dengan mereka.


Sumber : al-fikrah.net

0 comments: