CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 2, 2009

Fiqh Cinta



Cinta adalah sesuatu yang abstrak untuk dibicarakan! Ia mungkin menjadi satu yang kontrovosi untuk diperdebatkan. Apalagi untuk menerimanya secara lapang dada dan husnul Dzan. Kekadang cinta bagai musuh bagi sesetengah manusia. Ada yang menjadikan cinta sebagai teman akrab yang paling abadi dan ada yang menganggapnya satu dongengan yang tiada erti. Itulah cinta.

Memang cinta tiada definasi. Ia ditakdirkan menjadi kata tanpa benda. Tak terlihat tapi terasa. Itu kata pujangga cinta. Yang punya jiwa halus untuk dimengerti. Cinta bagai badai yang boleh memindahkan gunung pasir di tengah gurun, bagai tsunami yang menjamah seluruh permukaan bumi dan menyeret benda angkuh di hadapannya, bagai api yang membakar dengan rakusnya. Ia ditakdirkan menjadi kekuatan angkara murka yang mengawal dan melindungi kebaikan.

Cinta adalah satu legenda. Legenda yang tidak pernah selesai. Seandainya Rabiah Al~Adawiyah, Rumi, Iqbal boleh menceritakan tentang cinta dalam prosa dan puisi cinta mereka sehingga mengangkat darjat mereka menjadi auliya’ ALLAH, apakah tidak boleh kita menerimanya secara positif dalam membina emosi kita ke arah tasawwur cinta yang sebenarnya?



Cinta itu amat rumit. Kerana ianya terletak pada antagoni antagoninya. Dalam kerumitan itu jugalah pesonanya menyebar pada kerja dan pengaruh pada kehidupan manusia.

Seperti kata pujangga cinta. ” Kita tidak perlukan definasi cinta dan tidak perlu penjelasan tentangnya sepertimana kita tidak perlu penjelasan keterikan mentari untuk kita merasakan teriknya. Kita hanya perlu tahu cara kerjanya. Cara itulah kerjanya. Mungkin inilah yang dikatakan ” The Art of loving “.

Mungkin cara pandang manusia ” Melayu ” terhadap cinta ini terlalu negatif . Ataupun mungkin mereka telah dibekukan oleh genetik nenek moyang mereka sehingga mereka tidak dapat melihat cinta ini dalam satu perspektif yang luas yang dapat memberi kekuatan untuk melonjakkan motivasi diri kepada sesuatu perkara. Memang apabila dilihat pada masyarakat melayu mereka suka menghukum kepada sesuatu perkara yang kabur dan tidak jelas.

Tassawur cinta mereka hanya pada melihat dua susuk tubuh lelaki dan perempuan yang melakukan maksiat pada ALLAH. Tasawwur cinta mereka hanya melihat pada kata-kata rindu dan ayat-ayat cinta yang dilagukan. Tasawwur cinta mereka hanya pada nostalgia filem-filem semerah padi dan laila majnun sehingga menyempitkan erti cinta yang sebenarnya seperti sempitnya ruang esophagus pada penyakit ” Achalasia”.



Kita semua pastinya menolak ” Cinta” yang berlandaskan hawa nafsu sekalipun ianya memang wujud dalam diri kita secara fitrah kerana deen ini mengajar kita untuk menolaknya kerana ianya menjuruskan kita durhaka kepada ALLAH tapi untuk menganggap cinta itu merosakkan adalah sesuatu tuduhan yang melulu sebab ayat2 quran banyak menyatakan tentang cinta. Hadith2 dan Atsar juga mengiringinya. Namun sebab ketiadaan Fiqh Cinta ( Fiqh itu hanya bermaksud kefahaman ) itu membuatkan kita asing dengan pengertian cinta yang sebenarnya.

Sebenarnya dan seandainya cinta ini kita fahami secara jujur sudah pasti ianya menjadi satu badai dalam kehidupan kita untuk melakukan perubahan. Dari lemah kepada kuat, dari negatif kepada positif dan sebagainya.

Cinta tidak lahir dari rahim alam ini secara sendirian. Tapi ianya lahir dari semangat pertanggungjawaban. Cinta yang kuat dan kukuh adalah manifestasi dari sense of responsibility yang terus menerus bergelora dalam jiwa sang pencinta kerana ” Cinta adalah tindakan”. Bukan kata kata atau janji manis.

Justeru itu mencintai adalah satu keputusan besar yang kita buat dalam hidup kita. dan seperti keputusan lainnya, keputusan untuk mencintai juga mengandungi beban dan risiko. maka semua pekerjaan yang harus dilakukan atas nama ” Cinta ” mengandungi makna yang amat tinggi iaitu sebuah Amanah, sebuah tugas dan sebuah janji.




Sebab itu di dalam Fiqh Dakwah kita diajar tentang “AlHubb” ia itu cinta. Mencintai jamaah, mencintai tanzim dan mencintai tarbiyah dan dakwah sehingga kita diseru agar memasukinya secara ” Kaffah” dan bukan setengah hati sehingga dengan kecintaan ini boleh melahirkan susuk-susuk yang konsisten dalam jamaah.

Sebab itu kita lihat dakwah yang mekar adalah dakwah yang dipenuhi oleh da’i-da’i yang mempunyai naluri cinta yang halus sehingga segala apa yang mereka lakukan atas dasar Cintakan dakwah. Hidup mereka dengan dakwah, infaq mereka kerana dakwah, korban mereka kerana dakwah sehingga perkahwinan mereka juga atas dasar cintakan dakwah dan kesenambungan dakwah.

Di dalam perkahwinan fiqh cinta adalah perkara utama yg perlu difahami kerana di situlah terkandungnya trilogi . SEBUAH AMANAH, SEBUAH TUGAS DAN SEBUAH JANJI.

Akad nikah adalah satu perjanjian yang keras di mana seorang lelaki mengambil alih hak pewalian dari ayah perempuan yakni akad, satu kontrak dan satu perjanjian. Mengambil perempuan dari perlindungan sang ayah adalah satu amanah ALLAH dan di situlah sang suami kena menghormati isterinya jika dia menyintai dan tidak akan menzaliminya sekiranya satu hari nanti dia tidak menyintai.

Inilah cinta yang tulus, cinta yang sunnah dan cinta yang diredhai ALLAH yang melahirkan ” Semangat pertanggungjawapan” yang seterusnya melahirkan cinta yang tulus dan agung, kerana ia membuat pandangan mata hatimu mampu menembus batas batas kebenaran kepada hakikat abadi yang membawa keribaan ALLAH di hari keabadian.

Sekadar renungan.

0 comments: