CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, August 11, 2010

Tetamu agung yang dirindui..


   
   Ibn Abbas r.a berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya syurga diwangikan dan dihiaskan dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, satu angin akan berhembus dari bawah Arasy yang dinamakan muthirah. Lalu bergeseranlah daun-daun pepohonan syurga dengan gagang pintu-pintu syurga. Maka kedengaran satu bunyi yang merdu yang tidak pernah didengari bunyi lebih merdu daripada itu sebelumnya.

   Kemudian muncullah bidadari-bidadari dan mereka berhenti di anjung syurga. Mereka kemudiannya menyeru, " Adakah sesiapa yang ingin meminang kami agar ALLAH mengahwinkannya dengan kami?" Kemudian mereka berkata lagi. " Wahai Ridhwan penjaga syurga, malam apakah ini? Ridhwan menjawab, " Labbaik!". Seraya berkata, " Malam ini adalah malam pertama daripada Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga untuk umat Muhammad saw.." (Sebahagian daripada hadis yang panjang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan al-Baihaqi.)

   Ya ALLAH.. andai ini adalah Ramadhan yang terakhir untukku, maka bantulah aku untuk memuliakan tetamuku ini.. kumerindui kehadirannya.. kumenanti kemunculannya dan kini kutelah menemuinya..
 Ramadhan Kareem 1431h..



1 comments:

badar313 said...

harap bjumpa lg ramadhan thm dpan... rindu ramadhan..