CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 15, 2009

Wasiat Imam Al-Ghazali



Beberapa wasiat Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh:

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

.5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh ALLAH dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh ALLAH.

KEREDHAAN ILAHI CITA-CITA DI HATI.

Monday, April 13, 2009

INDAHNYA BERBAIK SANGKA



Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana ALLAH telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnu zhan (berbaik sangka).

Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, ALLAH berfirman yang ertinya:

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Q.S Al-Hujuraat : 6

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnu zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya. Perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya. Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya,

ALLAH berfirman yang ertinya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada
ALLAH; sesungguhnya ALLAH Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
Q.S Al-Hujuraat : 12

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya,

Sabda Rasulullah saw: “Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta”

HR: Muttafaqun alaihi

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll.

Rasulullah bersabda :
“Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi
ALLAH seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi ALLAH sebagai seorang pendusta. HR. Bukhari

Larangan Berburuk Sangka

Oleh kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas.

Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah. Di samping itu, bila ada benih- benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka.

Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.


Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnu zhan (berbaik sangka).

Ya ALLAH, bukakanlah ke atas kami hikmatMU dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMU, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.


Saturday, April 4, 2009

BERBAGAI-BAGAI KISAH ANTI YAHUDI


Isu keganasan Israel di Gaza semakin pudar sedikit demi sedikit. Kebencian terhadap Yahudi yang bermusim tidak akan dapat menggerakkan perjuangan menentangnya secara konsisten. Mari kita imbau kisah-kisah boikot Yahudi di bawah ini. Cari yang tersirat di sebalik kisah yang mudah-mudah ini:

BARU NAK BOIKOT

Saya benar-benar tersentuh mendengar perbualan anak jiran baru-baru ini.

“Jom kita makan …..*** (menyebut satu jenama ayam goreng yang terkenal)” kata si adik yang berumur lima tahun.

“Tak bolehlah, emak kata itu Yahudi punya,” jawab si kakak.

Si adik diam.

Saya yang berada di sebelah mereka berkata kepada si adik, “nak makan ***?” Sengaja menguji.

“Tak mahulah Pak Cik itu kan Yahudi,” jawab si adik. Sah, “tarbiah” si kakak berkesan.

Itulah antara perbualan kecil yang disuarakan oleh “orang kecil”. Namun jika difikirkan dalam-dalam, ia memberi impak yang besar dalam agenda perjuangan ummah. Saya percaya ada banyak lagi perbualan yang seumpamanya dalam masyarakat Islam akhir-akhir ini. Suara kebencian. Suara kemarahan terhadap Yahudi laknatullah.

Thursday, April 2, 2009

Fiqh Cinta



Cinta adalah sesuatu yang abstrak untuk dibicarakan! Ia mungkin menjadi satu yang kontrovosi untuk diperdebatkan. Apalagi untuk menerimanya secara lapang dada dan husnul Dzan. Kekadang cinta bagai musuh bagi sesetengah manusia. Ada yang menjadikan cinta sebagai teman akrab yang paling abadi dan ada yang menganggapnya satu dongengan yang tiada erti. Itulah cinta.

Memang cinta tiada definasi. Ia ditakdirkan menjadi kata tanpa benda. Tak terlihat tapi terasa. Itu kata pujangga cinta. Yang punya jiwa halus untuk dimengerti. Cinta bagai badai yang boleh memindahkan gunung pasir di tengah gurun, bagai tsunami yang menjamah seluruh permukaan bumi dan menyeret benda angkuh di hadapannya, bagai api yang membakar dengan rakusnya. Ia ditakdirkan menjadi kekuatan angkara murka yang mengawal dan melindungi kebaikan.

Cinta adalah satu legenda. Legenda yang tidak pernah selesai. Seandainya Rabiah Al~Adawiyah, Rumi, Iqbal boleh menceritakan tentang cinta dalam prosa dan puisi cinta mereka sehingga mengangkat darjat mereka menjadi auliya’ ALLAH, apakah tidak boleh kita menerimanya secara positif dalam membina emosi kita ke arah tasawwur cinta yang sebenarnya?



Cinta itu amat rumit. Kerana ianya terletak pada antagoni antagoninya. Dalam kerumitan itu jugalah pesonanya menyebar pada kerja dan pengaruh pada kehidupan manusia.

Seperti kata pujangga cinta. ” Kita tidak perlukan definasi cinta dan tidak perlu penjelasan tentangnya sepertimana kita tidak perlu penjelasan keterikan mentari untuk kita merasakan teriknya. Kita hanya perlu tahu cara kerjanya. Cara itulah kerjanya. Mungkin inilah yang dikatakan ” The Art of loving “.

Mungkin cara pandang manusia ” Melayu ” terhadap cinta ini terlalu negatif . Ataupun mungkin mereka telah dibekukan oleh genetik nenek moyang mereka sehingga mereka tidak dapat melihat cinta ini dalam satu perspektif yang luas yang dapat memberi kekuatan untuk melonjakkan motivasi diri kepada sesuatu perkara. Memang apabila dilihat pada masyarakat melayu mereka suka menghukum kepada sesuatu perkara yang kabur dan tidak jelas.

Tassawur cinta mereka hanya pada melihat dua susuk tubuh lelaki dan perempuan yang melakukan maksiat pada ALLAH. Tasawwur cinta mereka hanya melihat pada kata-kata rindu dan ayat-ayat cinta yang dilagukan. Tasawwur cinta mereka hanya pada nostalgia filem-filem semerah padi dan laila majnun sehingga menyempitkan erti cinta yang sebenarnya seperti sempitnya ruang esophagus pada penyakit ” Achalasia”.



Kita semua pastinya menolak ” Cinta” yang berlandaskan hawa nafsu sekalipun ianya memang wujud dalam diri kita secara fitrah kerana deen ini mengajar kita untuk menolaknya kerana ianya menjuruskan kita durhaka kepada ALLAH tapi untuk menganggap cinta itu merosakkan adalah sesuatu tuduhan yang melulu sebab ayat2 quran banyak menyatakan tentang cinta. Hadith2 dan Atsar juga mengiringinya. Namun sebab ketiadaan Fiqh Cinta ( Fiqh itu hanya bermaksud kefahaman ) itu membuatkan kita asing dengan pengertian cinta yang sebenarnya.

Sebenarnya dan seandainya cinta ini kita fahami secara jujur sudah pasti ianya menjadi satu badai dalam kehidupan kita untuk melakukan perubahan. Dari lemah kepada kuat, dari negatif kepada positif dan sebagainya.

Cinta tidak lahir dari rahim alam ini secara sendirian. Tapi ianya lahir dari semangat pertanggungjawaban. Cinta yang kuat dan kukuh adalah manifestasi dari sense of responsibility yang terus menerus bergelora dalam jiwa sang pencinta kerana ” Cinta adalah tindakan”. Bukan kata kata atau janji manis.

Justeru itu mencintai adalah satu keputusan besar yang kita buat dalam hidup kita. dan seperti keputusan lainnya, keputusan untuk mencintai juga mengandungi beban dan risiko. maka semua pekerjaan yang harus dilakukan atas nama ” Cinta ” mengandungi makna yang amat tinggi iaitu sebuah Amanah, sebuah tugas dan sebuah janji.




Sebab itu di dalam Fiqh Dakwah kita diajar tentang “AlHubb” ia itu cinta. Mencintai jamaah, mencintai tanzim dan mencintai tarbiyah dan dakwah sehingga kita diseru agar memasukinya secara ” Kaffah” dan bukan setengah hati sehingga dengan kecintaan ini boleh melahirkan susuk-susuk yang konsisten dalam jamaah.

Sebab itu kita lihat dakwah yang mekar adalah dakwah yang dipenuhi oleh da’i-da’i yang mempunyai naluri cinta yang halus sehingga segala apa yang mereka lakukan atas dasar Cintakan dakwah. Hidup mereka dengan dakwah, infaq mereka kerana dakwah, korban mereka kerana dakwah sehingga perkahwinan mereka juga atas dasar cintakan dakwah dan kesenambungan dakwah.

Di dalam perkahwinan fiqh cinta adalah perkara utama yg perlu difahami kerana di situlah terkandungnya trilogi . SEBUAH AMANAH, SEBUAH TUGAS DAN SEBUAH JANJI.

Akad nikah adalah satu perjanjian yang keras di mana seorang lelaki mengambil alih hak pewalian dari ayah perempuan yakni akad, satu kontrak dan satu perjanjian. Mengambil perempuan dari perlindungan sang ayah adalah satu amanah ALLAH dan di situlah sang suami kena menghormati isterinya jika dia menyintai dan tidak akan menzaliminya sekiranya satu hari nanti dia tidak menyintai.

Inilah cinta yang tulus, cinta yang sunnah dan cinta yang diredhai ALLAH yang melahirkan ” Semangat pertanggungjawapan” yang seterusnya melahirkan cinta yang tulus dan agung, kerana ia membuat pandangan mata hatimu mampu menembus batas batas kebenaran kepada hakikat abadi yang membawa keribaan ALLAH di hari keabadian.

Sekadar renungan.