CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 20, 2009

Tarbiah hati..




As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna:

"…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada."

Jika ada lintasan di hati kita untuk berhijrah

dari jiwa yang lalai kepada

jiwa yang cintakan Allah S.W.T.

maka bersegeralah untuk melakukannya

kerana percayalah bahawa itu adalah

lintasan benar dari Allah S.W.T.

Lintasan itu merupakan hidayah yang takkan datang selalu.

Jarang–jarang je.

Biasanya ianya akan disertai keyakinan yang kuat.

Namun, jika kita sering bertangguh,

mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu.

Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang

dan ianya juga bukan milik orang yang belum bersedia,"

ummu_huurunain




Monday, May 18, 2009

DOA UNTUK MAK & AYAH ANA...

Ya ALLAH,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka

Perindahlah percakapanku di hadapan mereka

Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan

Lembutkanlah hatiku untuk mereka

Ya ALLAH,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya

Atas didikan mereka kepadaku dan pahala yang besar

Atas kesayangan yang mereka limpahkan kepadaku

Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku

Ya ALLAH,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan

atau kesusahan yang mereka derita kerana aku

atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku

jadikanlah semua itu penyebab dosa-dosa mereka

meningginya kedudukan mereka dan

bertambahnya kebaikan pahala mereka dengan

perkenanMU, ya ALLAH sebab hanya Engkaulah

yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda

Ya ALLAH,

Apabila maghfirahMU telah mencapai mereka sebelumku

izinkanlah mereka untuk memberi syafaat untukku

tetapi jika maghfirahMU lebih dahulu mencapai diriku

maka izinkanlah aku memberi syafaat untuk mereka

sehingga kami semua berkumpul

bersama dengan santunanMU

di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaanMU

ampunanMU serta rahmatMU

sesungguhnya Engkaulah

yang memiliki Kurnia yang Maha Agung

serta anugerah yang tak berakhir dan

Engkaulah yang Maha Pengasih antara semua pengasih…



Wednesday, May 13, 2009

TADABBUR




Hari semalam kau masih kelam

Meniti sirat alam tanpa pedoman

Mencipta angan-angan dan impian

Tanpa bertadabbur tentang Islam


Namun dalam kekaburan itu

Kau mengharapkan sinar kebenaran

Meneroka dan mencari manhaj tarbiah

Memohon merintih meminta keampunan


Kau dambakan pandangan Tuhan

Lalu kau temui pandanganNYA

Melalui rentetan kalam insan

Terasa diri tidak bersendirian


Kau bermujahadah meneruskan kehidupan

Iringan doa tatkala gersangnya iman

Air mata mengalir menuntut perubahan


Tenanglah hati

Tetaplah dalam taman syariat

Titipkan pengabdian mengharap keredhaan


Kau mujahidah akhir zaman

Kau serikandi perjuangan Islam

Kau bidadari syurga impian…


-ummu_huurunain-



Tuesday, May 5, 2009

Kalamku sepi...




Saat ini hati bermonolog tentang diri..

Kenapa?
Mengapa?
Apa?

Terjahan pelbagai soalan yang mengharap jawapan..

Kenapa menyepi?
Mengapa bersendiri?
Apa dah jadi?


Mungkin jawapan ini mampu membantu...


KERANA


Sepi kerana mahu berbicara dengan hati
bermuhasabah tentang kehidupan yang ditempuhi


Bersendiri kerana merencanakan tentatif hidup
menyusun atur segalanya untuk kebaikan diri


Apa dah jadi???

Bicara diri ini dengan Rabbi..
Mohon diberi kekuatan
dikembalikan KETENANGAN
agar diri cekal menghadapi realiti...